I Love My Life

Ku bersyukur pada-Nya atas segala nikmat yang diberi... i love myself, my family n all my friends...

Wednesday, January 31, 2018

2018 im back blogging guys

Haluuuuu haluuuuu.  Dah bersawang2 dan blog hakak ni.  Last post 2015😂.

Misi tahun ni nak memeriahkn lg post kat blog.  So ape content?  Heehehehe rahsia la ye.  Just stay tuned.  Maybe more about parenthood (almaklumlah dh jd mak beranak 3 x kn nk post pasal k pop plak kennn) or maybe something current.  In shaa allah... 

Thats it i guess for today.  😋

Thursday, May 28, 2015

PERJALANAN CINTA BERMULA

alhamdulillah setelah 6 bulan mengenali dia. kini aku sudah sah menjadi milik seorg lelaki yg menerima aku sedanya.

pada tanggal 2 mei 2015. Aku telah selamat dinikahkan dgn Muhammad Fadzilan dgn mas kahwin Rm 22.50. Alhamdulillah dgn sekali lafaz shj. Akad nikah dilakukan di Masjid Jamek Pasir Gudang dan dihadiri sedara mara terdekat serta kawan2.

Bersyukur kpd allah SWT  kerana telah permudahkan segala urusan. Siapa sangka perkenalan yg singkat ini membawa ke ikatan perkahwinan. Apa yg paling menggembirakan hati ini tatkala  melihat anak2 amat mesra dgnnya. Nour dan Ashraf  kehilangan kasih syg seorg ayah ketika mereka masih xtahu apa2.. alhamdulillah terharu bila mereka sgt manja dan memanggil dia dgn gelaran babah. sama seperti arwah babah mereka.

Allah jga telah membuka hati ini utk menyayangi dia. menerima dia sebagai seorg suami. Akan aku jd isteri yg setia disisi suami. Menjaga, merawat, mencintai suami sepenuh hati. Ini janjiku dgn Allah. Semoga ikatan yg dibina akan kekal keakhir hayat.. In Shaa Allah. Sesungguhnya dia yg lebih mengetahui segalanya. Dan apa yg terjadi adalah dgn izinNya.


\

Sunday, January 18, 2015

hidup perlu diteruskan.... 2015 satu permulaan baru

assalammualaikum,mungkin dah agak lewat utk buat post new year...  ini cuma satu coretan..

tahun 2014 sudah meninggalkan kita. buat diriku sepanjang 365 hari pada 2014 telah mengajarku mcm2. peristiwa pahit.. dan mcm2.. ia mengajar aku erti ketabahan dan kecekalan. membesarkan dua anak tnpa seorg suami amat susah. berat mata yg memandang hanya aku g tahu beban yg dipikul. 

sepanjang itu juga, ku bertemu bermacam jenis manusia. mencari seorg yg ikhlas ibarat mencari sebatang jarum di padang rumput. ku tetap bersyukur kerana ia membuatkan aku sedar bkn kemewahan, keseronokkan dunia yg dicari. tp keberkatan.. 

hati yg kosong terus berkelana bersama ingatan dan kenangan bersamanya. mana mungkin dpt ku cari insan yg serupa dia. bkn mudah utk menerima hakikat... syukur aku diberi kesabaran ... dan berkat kesebaran alhamdulillah allah pertemukan aku dgn seseorg. insan yg ikhlas menerimaku dan juga anak2.. alhamdulillah perhubungan direstui ibu bapa. semoga allah berkati perhubungan ini ..masih jauh perjalanan harap dipermudahkan. mungkin ini jodohku.. dan aku bersyukur atas apa yg ditakdirkan. sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya. Dia tahu apa yg baik utk hambanya. 

2015 satu permulaan... aku melangkah penuh harapan... kuyakin allah sentiasa bersamaku. 
al fatihah utkmu sygku... xpernah terluput dari ingatan. 

Sunday, September 14, 2014

Cinta yg pergi. ....

sebelum itu...hari ini 14 september 2014... harijadi suamiku tersayang

it take me 6 month to write abiut what happen... 6 month yg sgt menyiksakan
pasa 14 march 2014 detik 12 mlm, aku dikejutkan dgn satu berita yg xkan dpt aku lupakan sampai bila2..
seorang insan yg amat aku cinta, aku sayang sepenuh jiwaku... seorang lelaki yg baik, romantik, kacak, menyayangi aku , menerima setiap kekuranganku.... dia lah suamiku Mohd Fardli Bin Badi Ozaman. telah terlibat dalam satu kemalangan yg meragut nyawanya.

masih ingat lagi saat aku berdiri dihadapan tubuhnya yg kaku di bilik mayat. kurenung wajahnya. bagaikan sedang tidur dgn nyenyak. benarkah dia telah tiada? saat itu terasa bagai lemah segala anggota badan. bagai baru semalam dia melafazkan akad nikah . ashraf ketika itu masih kecik baru 4 bulan. ya allah besarnya ujianmu ini kepadaku yg allah.

tiap mlm tidurku diiringi airmata. dalam hati ingin sekali aku mengikutnya ke sana... tapi mujurlah aku ditenangkan ibu dan ayahku. melihat wajah anak2 yg masih tidak mengerti apa2... aku semakin sebak sebab kini aku sendiri membesarkan anak2. mereka kehilangan seorang ayah. kuatkah aku memikul dua peranan.sebagai ibu dan ayah kepada nour dan ashraf?

secara jujurnya ketika aku sedang taip post ini pon airmata masih bergenang. sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang paham hati ini. aku kehilangan tempat berkasih dan bermanja. masih terngiang suaranya menyanyikan lagu kegemaran kami. kami mmg minat lagu hindutan. kalau dia ada sudah tentu hari2 ku ceria dgn gurauannya.

namun harus ku pasrah dgn kehendak allah s.w.t . allah lebih menyayanginya. dan setiap hari x pernah lupa kukirimkan al fatihah utknya.

sayang....
engkaulah cintaku....hatiku...
engkau pergi membawa menemui sang pengcipta
tggal aku disini bersama kenangan dan juga 2 cinta hati kita
aku dokan kau tenang disana..
selamanya dirimu diingatan sayang...


-al fatihah-

Saturday, July 13, 2013

meraung sebab x nak jauh dgn NoUr! sob sob

sob sob...
pagi ni x pasal2 saya termenangis
huhuhu dah la bulan posa selamat x teruk sgt kalo x batal puasa saya
 
kesahnya begini:
encik suami : ayg malam ni kemas kemas baju baby nnti esok abah dtg nak bawak dia balik. mak dgn abah nak jaga baby sebulan.
 
saya: eh mana boleh lama sgt tu, dia ni dah la lasak lgpon dia kecik ag mana biasa tinggal umah org.
 
encik suami: bialah diorg nak jaga. kan cucu diorang juga . bolehlah awak rehat sikit. awak kan dah ade yg kat dlm perut tu
 
saya: tak boleh la bang saya risau kalau nnti dia meragam ke nangis ke.
 
encik suami: dah jangan melawan cakap suami!
terdiam kejap... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ayang x nak pisah dgn nour!!!!!
 
encik suami: yang awak ni meraung napa? saya gurau ajer la.... hihihihih sensitif sgt.
saya: abaaaaang!!!!!!!
 
begitulah ceritanya.
rupa2nya abang saja aje buat2 cerita. nak kenakan saya.
yang saya dah menangis mcm org ilang anak.
huh!!!
geram pon ade dgn dia
barulah saya tahu ape perasaan ibu bila berjauhan dgn anak.
setiap hari NoUr tido dengan saya
subuh2 buatkan susu dia,
bangun tido kacau2 dia sebelom pergi kerja
ni mcm mane kalo tiba2 takde?
mungkin meroyan kejap kot
 
mungkin bagi anda saya ni over tp inilah perasaan seorang IBU!
 
 
I LOVE NOUR SO MUCH MY LITTLE PRINCESS PERMATA HATI MAMA


Monday, June 24, 2013

Syukur... bakal menimang anak ke2

Begitula ceritanya... saya Puan Haliza bkal menanbah cahaya mata
hehe advance kan?
itulah rezeki
maka x lama lg bakal riuh rendah rumah dgn suara anak2
yg berteriak "mama!! mama!!"
apepun ini anugerah allah yg x ternilai.
insyallah saya akan mendidik mereka dgn baik dan penuh kasih sayang
tp kalu buat salah or nakal memang nak kena babap!!!!
 
sejak jadi mama ni, saya belajar banyak benda
1. bersabar
2.prihatin
3.tanggungjawab
4. bersyukur
 
saya harap allah panjangkn umur saya agar saya dpt melihat anak2 membesar depan mata..
to Siti Nour Khaleeda ~mama syg nour sgt2... u r my princess n my pride