I Love My Life

Ku bersyukur pada-Nya atas segala nikmat yang diberi... i love myself, my family n all my friends...

Thursday, May 28, 2015

PERJALANAN CINTA BERMULA

alhamdulillah setelah 6 bulan mengenali dia. kini aku sudah sah menjadi milik seorg lelaki yg menerima aku sedanya.

pada tanggal 2 mei 2015. Aku telah selamat dinikahkan dgn Muhammad Fadzilan dgn mas kahwin Rm 22.50. Alhamdulillah dgn sekali lafaz shj. Akad nikah dilakukan di Masjid Jamek Pasir Gudang dan dihadiri sedara mara terdekat serta kawan2.

Bersyukur kpd allah SWT  kerana telah permudahkan segala urusan. Siapa sangka perkenalan yg singkat ini membawa ke ikatan perkahwinan. Apa yg paling menggembirakan hati ini tatkala  melihat anak2 amat mesra dgnnya. Nour dan Ashraf  kehilangan kasih syg seorg ayah ketika mereka masih xtahu apa2.. alhamdulillah terharu bila mereka sgt manja dan memanggil dia dgn gelaran babah. sama seperti arwah babah mereka.

Allah jga telah membuka hati ini utk menyayangi dia. menerima dia sebagai seorg suami. Akan aku jd isteri yg setia disisi suami. Menjaga, merawat, mencintai suami sepenuh hati. Ini janjiku dgn Allah. Semoga ikatan yg dibina akan kekal keakhir hayat.. In Shaa Allah. Sesungguhnya dia yg lebih mengetahui segalanya. Dan apa yg terjadi adalah dgn izinNya.


\

Sunday, January 18, 2015

hidup perlu diteruskan.... 2015 satu permulaan baru

assalammualaikum,mungkin dah agak lewat utk buat post new year...  ini cuma satu coretan..

tahun 2014 sudah meninggalkan kita. buat diriku sepanjang 365 hari pada 2014 telah mengajarku mcm2. peristiwa pahit.. dan mcm2.. ia mengajar aku erti ketabahan dan kecekalan. membesarkan dua anak tnpa seorg suami amat susah. berat mata yg memandang hanya aku g tahu beban yg dipikul. 

sepanjang itu juga, ku bertemu bermacam jenis manusia. mencari seorg yg ikhlas ibarat mencari sebatang jarum di padang rumput. ku tetap bersyukur kerana ia membuatkan aku sedar bkn kemewahan, keseronokkan dunia yg dicari. tp keberkatan.. 

hati yg kosong terus berkelana bersama ingatan dan kenangan bersamanya. mana mungkin dpt ku cari insan yg serupa dia. bkn mudah utk menerima hakikat... syukur aku diberi kesabaran ... dan berkat kesebaran alhamdulillah allah pertemukan aku dgn seseorg. insan yg ikhlas menerimaku dan juga anak2.. alhamdulillah perhubungan direstui ibu bapa. semoga allah berkati perhubungan ini ..masih jauh perjalanan harap dipermudahkan. mungkin ini jodohku.. dan aku bersyukur atas apa yg ditakdirkan. sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya. Dia tahu apa yg baik utk hambanya. 

2015 satu permulaan... aku melangkah penuh harapan... kuyakin allah sentiasa bersamaku. 
al fatihah utkmu sygku... xpernah terluput dari ingatan.